iklan

iklan

2/23/2010

Perkara hebat bermula dengan cetusan idea

Satu hari tanpa idea baru seperti satu hari tanpa makan nasik bagi saya. ya memang masih boleh hidup tapi kepingin nasik tahap dewa. apa idea hari ni meh saya kongsi.

apa kata kita nak hantar hak rekacipta karektor animasi atau game ke pendaftaran intrletual properti agak mahal hampir mencecah 1K, idea yg paling mudah hantar kembali lukisan karektor tersebut kepada anda untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

ada cara lain? begini ideanya mungkin boleh diaplikasikan adalah dengan upload ke server google doc contohnya dalam bentuk pdf supaya ada cop tarikh.

mungkin anda boleh mewujudkan 1 system online contohnya nama domain date4doc.com utk verifikasi dokumen tersebut memang dihantar pada tarikh tersebut.

Cabaran utama kepada idea ini adalah bagaimana ingin mewujudkan standart yg diterima pakai sebagai bukti di mahkamah. jika hal ini dapat di atasi maka idea ini amat praktikal kini sebagai solusi kepada pendaftaran IP

Perjalanan Ke Cyberjaya bersama shufaad.com

Sepanjang perjalanan kami ke Inkubator MDeC pelbagai perbincangan di dalam kereta dihasilkan. Antara idea yang terkeluar adalah laman web berdomain nasiktambah.com

Laman ini secara cadangannya untuk digunakan untuk bercerita tentang perkara karut marut dan gosip yang comfirm tak betul di laman web. Konon nya dengan adanya laman web ini menjadi sumber hiburan dan mengelakkan gosip liar. Sebagai contoh gosip yang comfirm tak betul adalah shufaad.com bercinta dengan Tiz Zaqyah Razak. Fakta ini sememangnya tidak benar namun mungkin tidak mustahil memandangkan shufaad.com memang menjadi fan minah di facebook.

Itulah sekadar brainstorm idea untuk menghasilkan idea yang lebih bernas. Hasilnya kami dapat mengcungkit idea kami keluarkan 2 tahun dahulu di program CTAP di Melaka iaitu MyPotPet.com

Laman ini bukan untuk gosip lagi walaupun bunyinya potpet tetapi untuk langkah pertama kami ingin menghasilkan games di facebook.

Natijahnya dari merapu kedana dapatlah idea untuk menghasilkan karektor tertentu.

Cerita bersambung pada post akan datang :)